lamanweb biz

Laman web directory
SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT MENDOWNLOAD BORANG-BORANG PENYERTAAN, SILA TINGGALKAN EMAIL ANDA DI KOTAK KOMEN.
" Dear reader, welcome to Frenster12 blog.. feel free to leave your comment and suggestion. This blog is still under progress..."

TQ!

Tema Frenster12 2010/2011


Tema ~ Insan Intelek Pemangkin Transformasi Mahasiswa 1Malaysia

Sejajar dengan hasrat kerajaan, untuk menjadikan Universiti di Malaysia sebagai medan bagi melahirkan insan yang berwawasan tinggi dan mengetengahkan lagi budaya serta imej 1Malaysia. Fiesta Rumah Terbuka Kolej 12, sepakat untuk mengetengahkan tema, Insan Intelek Pemangkin Transformasi Mahasiswa 1Malaysia. Pemilihan tema pada kali ini adalah hasil dari buah fikiran dan perbincangan dari biro-biro yang terlibat dalam menjayakan Frenster pada kali ini.

Jika pada tahun lepas, Frenster memilih tema, Revolusi Satu Inspirasi. Pemilihan tema pada kali ini, menggerakkan subjek Revolusi kepada Transformasi, yang melambangkan bahawa mahasiswa di Universiti Malaya bersedia untuk berubah menjadi mahasiswa yang lebih baik dari masa ke semasa. Intelektual pula diukur berdasarkan status Universiti Malaya, sebagai universiti yang paling berprestij di Malaysia.

Diharapkan juga Fiesta yang berlansung ini dapat membantu serta menggalakkan transformasi mahasiswa melalui penganjuran pelbagai aktiviti menarik yang memerlukan kreativit serta kemahiran dari mahasiswa itu sendiri. Bahkan penganjuran aktiviti-aktiviti sepanjang fiesta ini berlansung, merupakan hasil serta kerjasama daripada mahasiswa-mahasiswa yang tinggal di Kolej Kediaman ke 12. Imej 1Malaysia pula dipaparkan melalui penganjuran pelbagai acara menarik yang melibatkan pelbagai kaum di Malaysia. 

Bagi tema malam pembukaan Frenster12 pula, Biro Protokol, telah memilih tema Middle East atau Timur Tengah. Dengan mengambil inspirasi 'Arabic Style', mahasiswa diminta hadir pada malam tersebut, dengan menggayakan pakaian-pakaian yang sesuai. Pada malam tersebut juga, makanan-makanan yang dihidangkan berasaskan makanan Arab.

Bagi malam penutupan Frenster12, tema Secret Garden telah dipilih. Tema ini berinspirasikan majlis dalam taman. Seperti malam pembukaan Frenster12, mahasiswa yang terlibat diminta hadirkan diri, denggan menggayakan pakaian yang sesuai serta, selari dengan tema.

Semoga, kawan-kawan seperjuangan sekalian, dapat menghadirkan diri sepanjang fiesta ini berlansung serta memeriahkan lagi majlis ini. Diharapkan juga, pemilihan tema pada kali ini akan memberikan impak yang positif terhadap mahasiswa-mahasiswa.